Just another WordPress.com site

Cemburu=sayang ??

Sifat cemburu ini adalah
naluri manusia yang
sememangnya amat
sukar dibendung. Ramai
yang beranggapan
bahawa orang
perempuan kuat
cemburu. Sebenarnya
dalam soal ini, samada
lelaki atau wanita, sifat
cemburu ini ada pada
setiap manusia. Cuma
kamu perlu bijak dalam
mengawal perasaan
cemburu. Jadi fikir-
fikirkanlah yang mana
baik dan yang mana
buruk.
Tanda-tanda
Cemburu
1. Dia menelefon
beberapa kali sehari dan
marah apabila kamu
tiada.
2. Dia menelefon kamu
semasa kamu sedang
sibuk dan tetap
mendesak mahu
bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka
hati bahawa kamu telah
keluar dengan lelaki/
wanita lain.
4. Dia selalu mengintip
dan cuba mencari
peluang untuk mencari
kesalahan kamu.
5. Dia mengugut
membunuh diri jika
kamu meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu
sentiasa bersamanya
dan marah walaupun
kamu keluar dengan
kawan-kawan lelaki/
wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi
ke majlis sosial kerana
bimbang lelaki/wanita
lain tertarik kepada
kamu.
8. Dia menyoal seperti
seorang polis ke mana
kita pergi dan dengan
siapa.
9. Dia bermasam muka
jika kamu kerja lebih
masa.
10. Dia tidak peduli
dengan penjelasan
kamu.
Tip Mengawal
Keadaan Pasangan
Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu
mula menunjukkan rasa
cemburu, jangan
terbawa-bawa dengan
sifatnya itu. Mungkin
kamu tidak perlu
menjawab setiap
soalannya. Lebih baik
berdiam diri saja
daripada terus
menyemarakkan
kemarahannya.
2. Terima hakikat
bahawa dia tidak
berniat untuk melukai
hati kamu. Mungkin ini
sifat semulajadinya dan
jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya
kamu untuk membina
keyakinan diri. Puji dia
jika perlu. Minta
nasihatnya dan salurkan
rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya
dengan wanita/lelaki
lain. Ini hanya
membuatkan situasi
lebih sukar. Apa yang
dia perlukan adalah
sokongan yang
berterusan.
5. Berbincang dengan
pasangan tentang
perasaan cemburunya.
Atasi Sifat Cemburu
1. Hormati perasaan
pasangan kamu. Dia
juga mempunyai hak
untuk menilai
kecantikan wanita/lelaki
lain.
2. Bagi diri sendiri masa
untuk mengatasinya.
Jika kita memang
seorang yang cemburu,
usah berharap kamu
boleh berubah dalam
masa yang singkat.
3. Tuliskan apa
perasaan kamu apabila
kamu merasa cemburu.
Marah? Tidak tentu
arah? Menangis? Geram?
Rasa malu? Adakah
kamu ingin meneruskan
hidup kamu dengan cara
ini? Jika jawapannya
tidak, maka berubahlah
segera.
4. Cuba fikirkan
bagaimana cemburu
kamu meledak. Adakah
adil kamu menyisihkan
si dia daripada orang
lain? Bukannya sesuatu
yang teruk andainya dia
senyum dengan orang
lain.
5. Bina keyakinan diri.
Kita mungkin rasa tidak
selamat jika bergantung
kepada si dia. Luaskan
persahabatan dengan
orang lain.
Kesan Positif
Cemburu
1. Mengelakkan si dia
curang kepada kamu
2. Sentiasa
menghormati kamu dan
tidak pandang pada
orang lain apabila
bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga
hati kamu
4. Segala pergerakannya
di bawah kawalan kamu
Kesan Negatif
Cemburu
1. Si dia akan cepat
bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu
hambar kerana kamu
langsung tidak ada
kawan lain
3. Selalu berlaku
pertengkaran kerana
sifat curiga yang
terlampau
4. Pergerakan sentiasa
diawasi seperti orang
bersalah.

source:cintadearhaniey.wordpress.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s